Friday, 16 March 2012

RAKYAT DI PULAU MUTIARA DIMALUKAN PKR!!!



INI SEMUA SALAH LIM GUAN ENG!!!

RAKYAT DI PULAU MUTIARA DIMALUKAN PKR!!! Lagi cerita menyayat hati berlaku di Balik Pulau. LGE tidak pandai mendidik anak buah! Hak rakyat dirampas dengan hanya membayar pampasan RM250 SAHAJA! LGE sepatutnya memberi kursus pendidikan moral kepada anak-anak buahnya.

Tuah turut berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa kepada Encik Saad Bin Hassan sekeluarga di No. 82 MK7, Pulau Betong Balik Pulau. Susulan daripada kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis No. Rujukan 602/12 pada 14 Mac 2012.

Tidak pernah sejarah terjadi sepanjang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di Negeri Pulau Pinang sebelum ini, dimana rakyat telah dianiaya semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi mahupun kepentingan mana-mana parti politik yang pernah wujud di Malaysia. Sungguh tidak disangka-sangka apabila nasi kenduri yang sepatutnya di tanak untuk majlis perkahwinan telah dicuri hanya semata-mata untuk menjamu segerombolan CLEANER GREENER (yang dbangga-banggakan oleh DAP). 

Desas desis sumber yang Tuah terima menyatakan bahawa Setiausaha PKR ranting, Encik Asri, telah member RM250 kepada En. Saad sebagai penebus gantirugi kepada Nasi Hujan Panas yang dianggarkan sebanyak 20kg. 

Mampukah maruah ditebus dengan hanya RM250? Bagaimana pula para tetamu dan pihak rombongan besan beliau yang hadir untuk meraikan majlis tersebut? Bagaimanalah pula jika Tuah sendiri berada di tempat Encik Saad Bin Hassan sekeluarga?

P/S: Baru sepenggal, dah nak tunjuk belang!




“BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.

Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari perkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.

“Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong.

Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.

Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.

“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya.

Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.

“Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami,” katanya.

Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.

“Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.


Sinar”

2 comments: