Monday, 12 March 2012

Orang Kulim, KEDAH kena tipu??? Kuang ajaq betui!!!




Pada 10 Mac Sabtu baru-baru ni, NGO NGO Daerah Kulim yang mana majoriti komunitinya adalah kaum India meyokong konsep 1 Malaysia telah menganjurkan Konsert 1 Malaysia. Tuah and the geng telah dijemput untuk memeriahkan promgram ini. Apa yang Tuah tengok, mereka saling bantu membantu dan mengembeleng tenaga bagi menjayakan program tersebut. Syabas mere bette!!! Mereka telah Berjaya mengimpunkan hampir 10 ribu rakyat Kedah yang berbangsa India dan menunjukan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional yang berada di bawah kepimpinan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
 
Cuba lihat gambar di bawah. Tak kira yang atok nenek, mak ayah, remaja-remaja sampailah ke golongan kanak-kanak sangat lah gembira dan tersenyum lebar. Suka depa naa...


Sepanjang Tuah and the geng berada di sini, meraka sangatlah mengalu-alukan kedatangan Tuah and the geng. Sangat mesra dan sporting skali.  Cuba tengok gambaq di bawah. Sporting kann…



Sehinggakkan tempat duduk pun tak cukup. Nampak tak kat belakang tu??? Ada diantara yang terpaksa berdiri di keliling khemah supaya tidak ketinggalan daripada memeriahkan program ini. Seronok Tuah tuah tengok. Ada lagi. Tengok gambar di bawah. Nampak tak kat tepi-tepi tu? Fuiyooo…..

Ni haaa.... Tengok lg gambar kat bawah ni.... Nampak tak kat tepi-tepi tuuu.... Dasyat ooo sokongan mereka terhadap kepimpinan Barisan Nasional... 


Kalau macam ni la sokongan mereka, jangan mimpi la pakatan rakyat!!! Depa bukan nak memimpin Kedah! Depa mai nak menjajah Kedah. Kesian rakyat di Kedah teraniaya selama ni.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 2 hari program ini berlangsung dan sambutan komuniti di sini dan sambutan amatlah menggalakkan. Yang paling best part yang ni. Acapan dan Rama berjaya mencuit hati  rakyat yang hadir. “Apa nak jadi… Apa nak jadi…. Cheewahhhh… Semua pakat terhibur.


Beberapa hari ketika khemah besar yang ketika itu baru dipacakkan tiangnya. Agak tersentuh hati Tuah disini apabila mendapat berita tentang seorang rakyat disini bertanya, “Incik, apa ini? Mau bikin itu sekolah ka?” Nak menitik ayaq mata dengaq!!! Pihak kami menjawab. “Ini adalah khemah” Setelah berapa tahun merdeka, mereka tak pernah tengok kemah yang besar begini rupanya….

Banyak komen-komen negatif yang telah Tuah dengar tentang pakatan rakyat… Ishk ishk ishk… Mereka telah ditindas. Kesian mereka telah tertipu rupanya.  Tak pa la naa… Kita tukaq pemimpin baru. Kita pakat ramai-ramai undi Barisan Nasional.

Lepaih ni jangan lupa jemput Tuah and the geng lagi naa….



Malaysia Boleh!!! 1 Malasia!!! Hidup BN!!! Bersatu kita teguh! Bercerai kita kawen lagi! Kahh kahhh kahhhh... Tuah cuma berseloroh saja... Jangan marah naa...

P/S: Terima kasih pada INFO4THETRUTH.BLOGSPOT.COM diatas ihsan gambar-gambar di atas....

2 comments: