Saturday 17 March 2012

KATAKAN TIDAK KEPADA "PROJEK SOLAR DI BATU KAWAN"


-Batu Kawan P46-
INI SEMUA SALAH LIM GUAN ENG!!!

Sebagai bekas Ahli ParlimeN Batu Kawan, Huan Cheng Guan kini dihujani panggilan telefon & email dari pemaustatin - pemaustatin bukan saja dari Batu Kawan, malahan dari Bukit Tambun, Simpang Empat, Bukit Tengah & Juru.

Majoritinya dari pelbagai lapisan umur & bangsa kini khuatir akan pembinaan Kilang Solar. DAP perlu sedar, kita kini bukan lagi di alam maya, malahan alam cyber di penghujung jari kita dengan hanya satu Klik.

Ramai sedar akan bahaya yang menanti dengan pembinaan ini. Apakah kerajaan Negeri tidak sedar akan kemusnahan atau bala yang bakal menimpa? Atau apakah DAP berpura - pura seperti tidak tahu?

Mengapa Lim Kit Siang serta pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sering bercanggah pendapat dengan cadangan projek - projek yang menjurus kepada kebajikan masyarakat tetapi pilih untuk berdiam diri dengan projek solar di Batu Kawan ini. 

Suatu ketika dulu, Lim Kit Siang bertindak membantah pembinaan Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan dasar laut yang dicadangkan. Tetapi kini, anaknya Lim Guan Eng bertindak membina Jambatan dasar laut. Mari kita berfikir sejenak mengenai 'Double Standard' parti ini.!

PUSAT LATIHAN CYBER TROOPERS LIM GUAN ENG DI KOMTAR!!!


Berita yang sampai ke telinga Tuah ni agak tidak sedap di dengar. Tuah mendapat khabar bahawa LIM GUAN ENG telah terasa tercabar dengan Cyber Troopers pro-BN. Maka dengan itu beliau telah mengambil initiative untuk melatih Cyber Troopers di bawah kelolaannya sendiri kerana beliau tidak percaya kepada PAS dan KEADILAN. Disebabkan itu, hanya puak-pua DAP sahaja yang di panggil. (PAS dan KEADILAN jangan marah) Tetapi itulah hakikatnya.



Yang lebih menarik lagi, hanya Cyber Troopers yang terpilih sahaja (kasta atasan) mendapat sponsor RM5k setiap seorang. Di sini Tuah telah difahamkan pihak yang sponsor itu adalah PEMAJU yang banyak mendapat keuntungan dan kelulusan projek daripada kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan termasuklah hasil daripada Go Green Penang (tanpa beg plastic) untuk Negeri Pulau Pinang sahaja.

LIM GUAN ENG RASIS!!! Mengapa puak-puak DAP sahaja? Bagaimana pula degan PAS dan KEADILAN? Adakah Pakatan Rakyat sudah tidak sepakat?

-YOU HELP ME I HELP YOU-

Friday 16 March 2012

RAKYAT DI PULAU MUTIARA DIMALUKAN PKR!!!



INI SEMUA SALAH LIM GUAN ENG!!!

RAKYAT DI PULAU MUTIARA DIMALUKAN PKR!!! Lagi cerita menyayat hati berlaku di Balik Pulau. LGE tidak pandai mendidik anak buah! Hak rakyat dirampas dengan hanya membayar pampasan RM250 SAHAJA! LGE sepatutnya memberi kursus pendidikan moral kepada anak-anak buahnya.

Tuah turut berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa kepada Encik Saad Bin Hassan sekeluarga di No. 82 MK7, Pulau Betong Balik Pulau. Susulan daripada kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis No. Rujukan 602/12 pada 14 Mac 2012.

Tidak pernah sejarah terjadi sepanjang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di Negeri Pulau Pinang sebelum ini, dimana rakyat telah dianiaya semata-mata untuk memenuhi kepentingan peribadi mahupun kepentingan mana-mana parti politik yang pernah wujud di Malaysia. Sungguh tidak disangka-sangka apabila nasi kenduri yang sepatutnya di tanak untuk majlis perkahwinan telah dicuri hanya semata-mata untuk menjamu segerombolan CLEANER GREENER (yang dbangga-banggakan oleh DAP). 

Desas desis sumber yang Tuah terima menyatakan bahawa Setiausaha PKR ranting, Encik Asri, telah member RM250 kepada En. Saad sebagai penebus gantirugi kepada Nasi Hujan Panas yang dianggarkan sebanyak 20kg. 

Mampukah maruah ditebus dengan hanya RM250? Bagaimana pula para tetamu dan pihak rombongan besan beliau yang hadir untuk meraikan majlis tersebut? Bagaimanalah pula jika Tuah sendiri berada di tempat Encik Saad Bin Hassan sekeluarga?

P/S: Baru sepenggal, dah nak tunjuk belang!




“BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.

Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari perkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.

“Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong.

Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.

Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.

“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya.

Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.

“Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami,” katanya.

Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.

“Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.


Sinar”

Monday 12 March 2012

RM100 Warga Emas vs RM500 BR1M. Siapa Rasuah Siapa???


INI SEMUA SALAH LIM GUAN ENG!!!

Ribuan warga emas terpaksa berdiri dan beratur hampir ½km semata-mata untuk kutip RM100 daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Aktiviti mengutip RM100 adalah rasuah kerajaan negeri sempena PRU13 tidak lama lagi. Hanya negeri Pulau Pinang, tetapi bukan semua negeri yang dijajah oleh puak pakatan rakyat. Mengapa tidak di Kelantan, Selangor dan Kedah? Kerana majoriti rakyat di negeri-negeri berkenaan adalah kaum melayu. 

Merujuk kepada gambar di atas, boleh dikatakan 100% wargaemas berkenaan adalah puak-puak pakatan rakyat sendiri. Mengapa kerajaan negeri beri pada puaknya sahaja. Sekiranya ia pemberian yang ikhlas, tidak perlulah kerajaan negeri pilih bulu hanya member kepada sesiapa yang memangkah pakatan rakyat sahaja pada PRU12. Ini sudah tidak adil. Bukankah ini dinamakan rasuah dan ia menunjukkan ketidakperihatinan kerajaan negeri terhadap mereka yang tidak mengundi pakatan rakyat.

Sott Sekk yang Tuah dengar, sumber berkenaan adalah dari sumber yang haram… Betul ke??? Setahu Tuah, kerajaan negeri Pulau Pinang ni tidaklah kaya mana. Adakah kerajaan negeri Pulau Pinang ditaja??? Siapakah yang berselindung disebalik kerajaan negeri Pulau Pinang? Apakah agendanya??? Jeng jeng jeng….

Berbeza pula dengan kerajaan BN yang memberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Di sini kita boleh lihat di mana kerajaan BN tidak pun memilih rakyat yang mengundi BN sahaja. Semua kategori rakyat tidak kiralah yang mengundi pembangkang, walaupun bangsa dan beragama berlainan layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Yang paling Tuah suka nak cerita disini, sehinggakan ada yang menipu terutamanya "jumlah pendapatan seisi rumah kurang RM3000-00 ramai yang memohon dan Tuah melihat dengan mata kepala Tuah sendiri. Cakap hebat, halal haram dosa makan duit hasil tak betul dan menipu. Yang beragama bukan Islam Tuah tak heran sebab tidak menekankan halal haram dalam kehidupan seharian mereka. Ini yang beragama Islam. Pompang sana sini bab halal haram. Tapi merekalah orang yang pertama untuk menuntut BR1M.

Tuah suka tengok rakyat Malaysia hidup aman dan gembira macam gambar di bawah ni.





Bukan main tersenyum lebar lagi deorang suka yea. Kenapa para kerajaan negeri pihak pembangkang tidak memberi sama adil? Kedah, Kelantan, Selangor banyak mempunyai ramai rakyat yang kurang berkemampuan. Apa lagi, minta lah!!!

P/S: Beb, bila gua tgk gambaq smua warga emas kena bdiri lama dan beratoq panjang ni dah bikin gua panas!!! Depa tak pikiaq ka org tua-tua bratoq panjang mcm ni! Gila ka apa?Takat nak bagi RM100 depa buat kat rakyat lebih kurang mcm ni! Belajaq macam mana nak jadi kerajaan dulu, jangan dok main taram lebih kurang ja!

Tu la... Bila kerajaan bagi BR1M, hangpa dok kutuk macam-macam. Padahal kaum hangpa jugak yang kalut dok sapu! Walaupun tak layak tapi kebanyakkannya menipu semata-mata untuk dapatkan BR1M yang kununnya hak rakyat! Tapi kerajaan dak la penaya rakyat dia bratoq dan bdiri punya la panjang dan lama mcm ni. Rasuah rakyat bukan main lagi. Nak bagi kerusi pun tak mampu ka apa? Dan lg satu, kerajaan tak pilih bulu bagi bantuan kepada penyokong sendiri. Ini menunjukkan diskriminasi kerajaan DAP terhadap rakyat dan memberibantuan berdasarkan kronism.

Orang Kulim, KEDAH kena tipu??? Kuang ajaq betui!!!




Pada 10 Mac Sabtu baru-baru ni, NGO NGO Daerah Kulim yang mana majoriti komunitinya adalah kaum India meyokong konsep 1 Malaysia telah menganjurkan Konsert 1 Malaysia. Tuah and the geng telah dijemput untuk memeriahkan promgram ini. Apa yang Tuah tengok, mereka saling bantu membantu dan mengembeleng tenaga bagi menjayakan program tersebut. Syabas mere bette!!! Mereka telah Berjaya mengimpunkan hampir 10 ribu rakyat Kedah yang berbangsa India dan menunjukan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional yang berada di bawah kepimpinan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
 
Cuba lihat gambar di bawah. Tak kira yang atok nenek, mak ayah, remaja-remaja sampailah ke golongan kanak-kanak sangat lah gembira dan tersenyum lebar. Suka depa naa...


Sepanjang Tuah and the geng berada di sini, meraka sangatlah mengalu-alukan kedatangan Tuah and the geng. Sangat mesra dan sporting skali.  Cuba tengok gambaq di bawah. Sporting kann…



Sehinggakkan tempat duduk pun tak cukup. Nampak tak kat belakang tu??? Ada diantara yang terpaksa berdiri di keliling khemah supaya tidak ketinggalan daripada memeriahkan program ini. Seronok Tuah tuah tengok. Ada lagi. Tengok gambar di bawah. Nampak tak kat tepi-tepi tu? Fuiyooo…..

Ni haaa.... Tengok lg gambar kat bawah ni.... Nampak tak kat tepi-tepi tuuu.... Dasyat ooo sokongan mereka terhadap kepimpinan Barisan Nasional... 


Kalau macam ni la sokongan mereka, jangan mimpi la pakatan rakyat!!! Depa bukan nak memimpin Kedah! Depa mai nak menjajah Kedah. Kesian rakyat di Kedah teraniaya selama ni.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 2 hari program ini berlangsung dan sambutan komuniti di sini dan sambutan amatlah menggalakkan. Yang paling best part yang ni. Acapan dan Rama berjaya mencuit hati  rakyat yang hadir. “Apa nak jadi… Apa nak jadi…. Cheewahhhh… Semua pakat terhibur.


Beberapa hari ketika khemah besar yang ketika itu baru dipacakkan tiangnya. Agak tersentuh hati Tuah disini apabila mendapat berita tentang seorang rakyat disini bertanya, “Incik, apa ini? Mau bikin itu sekolah ka?” Nak menitik ayaq mata dengaq!!! Pihak kami menjawab. “Ini adalah khemah” Setelah berapa tahun merdeka, mereka tak pernah tengok kemah yang besar begini rupanya….

Banyak komen-komen negatif yang telah Tuah dengar tentang pakatan rakyat… Ishk ishk ishk… Mereka telah ditindas. Kesian mereka telah tertipu rupanya.  Tak pa la naa… Kita tukaq pemimpin baru. Kita pakat ramai-ramai undi Barisan Nasional.

Lepaih ni jangan lupa jemput Tuah and the geng lagi naa….



Malaysia Boleh!!! 1 Malasia!!! Hidup BN!!! Bersatu kita teguh! Bercerai kita kawen lagi! Kahh kahhh kahhhh... Tuah cuma berseloroh saja... Jangan marah naa...

P/S: Terima kasih pada INFO4THETRUTH.BLOGSPOT.COM diatas ihsan gambar-gambar di atas....